Misi - Kearah pembentukan insan yang berwawasan dan berdikari
Visi - Menjana perkembangan intelektual dan keprihatinan sebagai wadah pendidikan inklusif
Sejarah Sekolah
Falsafah “pendidikan untuk semua” ini seterusnya menjadisatu pemangkin kearah penubuhan program integrasi pendidikan khas di SMK Seri Perak. Program pendidikan khas disekolah ini dibuka dengan rasminya pada 3.4.2006 dengan bilangan pelajar seramai 3 orang dan dibantu oleh dua orang guru cik hamimi fariza bt hj mohd ali b.sc (Hons) UTM dan Hj Che Husin b. Hj abd rahman. Pelajar yang berada dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) terdiri daripada pelbagai ketegori seperti sindrom down, perkembangan lewat, austisma, hiperaktif, masalah pertuturan, masalah kesihatan dan sebagainya.
Diatas keprihatinan pihak pentadbir, ruang dewan sekolah SMK Seri Perak telah dibuat pengubahsuaian dan dinaiktaraf menjadi bolik pembelajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Bilik berkenaan dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan peralatan yang dibekalkan oleh jabatan pelajaran perak. Dengan ini, program ini memberikan peluang kepada golongan pelajar istimewa meneruskan persekolahan diperingkat menengah yang lebih khusus kearah latihan kemahiran dan vokasional didalam mewujudkan golongan masyarakat yang berdikari.
No comments:
Post a Comment