Tuesday, April 14, 2009

Hari Membuat Mural

Alhamdulillah, kali ni warga PPKI-SMKSP buat mural sekali lagi. Kali ni buat mural bahagian depan pejabat guru dan kelas pendidikan khas. Inilah saat yang paling menarik, apa tidaknya... sambil - sambil melukis dapat juga bergurau... secara tidak langsung merapatkan lagi keakrapan sesama warga PPKI-SMKSP... Tema kali ini, Guru Sebagai Pendidik. ( khasnya kepada pendidikan khas ) Lukisan di sampaikan dalam bentuk abstrak yang menyimpan pelbagai maksud tersirat yang perli kita lihat dengan sebaik-baiknya. Jom kita lihat antara adegan - adegan sepanjang aktiviti melukis di jalankan... JOMMM~~~

Lukisan ini mewakili pelajar pendidikan khas.. Bentuk telur di tengah2 yang berwarna biru, hitam dan putih melambangkan masalah penglihatan, manakalah bentuk seperti teliga menunjukkan masalah pendengaran, dibawah bentuk mata ialah bentuk mulut yang menunjukkan masalah keseluruhan bagi pelajar slow leaner, masalah pertuturan ataupun bisu. Lukisan bentuk wajah yang tidak sempurna menunjukkan masalah fizikal bagi sesetengah pelajar pendidikan khas. Manakalah bahagian atas berwarna hitam yang mempunyai bentuk2 bintang menerangkan dunia pelajar masalah Autisma yakni dalam dunianya sendiri yang kita tidak tahu apa yang mereka sedang fikirkan. Gambar bentuk pemandangan sebelah kiri berbentuk api menunjukkan unsur
kejahatan. Burung yang terbang menunjukkan pelajar yang terlalu bebas tanpa kawalan tidak mempunyai arah yang hendak di tujuh. Akhirnya sesat di padang pasir yang tidak ada penghujungnya. Manakala pemandangan sebelah kanan berunsurkan air pula menunjukkan unsur baik. Dimana, sekirahnya guru mendidik pelajar dengan sebaiknya. Mereka akan jadi insan yang berguna umpama anak beni yang di tanam dan mendapat
penjagaan yang sempurna akan tumbuh sihat dan memberikan hasil yang baik. Secara tidak langsung, gambar mural ini menerangkan kepentingan guru untuk menentukan masa depan pelajar. Seperti pepatah ada mengatakan, macam mana acuannya, begitula hasilnya. Tepuk dada, tanya minda......

Amboi Cikgu Anwar... Slow2 lah buat.. Tidak perlulah sampai bawa warna
lebih2.. tak lari kemana pun..

Aik Cikgu Din, Dah pening ke?? tak reti nak turun... Hati2, Ingat orang yang tersayang
Aik, buat keje sempat lagi nak tersenge.... Udah- Udahlah tu...

Haaaa kantoi, Sembang pasal boyfriend lah tu.. ke ngumpat?? Peace...

Ni ape kes?? org sibuk dok melukis... dia boleh bergaya plak atas kerusi..

Ni lagi sorang... mentang - mentang ada org nak ambil gambar,
nak bergaya sakan pula dia... :)

Ni moskot ke??? Ke Teddy Bear?? Jual Jual Jual... SKUPANG JE....

Cikgu din antara pewarna yang berjaya dan serius... Apa yang penting Cikgu Din???
Ni kenapa pula??? Tutup - Tutup lah mulut tu Cikgu Nuar, Karang masuk pula unggas.

Haaaa ni dengki lah ni.. Contoh2 orang buat dajal..

AIk... balas dendam ke cikgu Nuar.. Hati-hati... belakang tu ada lagi...

Tekunnya mereka menyiapkan mural ni.. good luck dan semuga berjaya.

Ni kes buli lah ni.. Kesian pelajar bernama Zulkifli ni... Tapi tak kan
hendak suruh perempuan memanjat macam zul ni pula :)

Buat kerja.. nak begambar je.... Potong gaji ~~~

Buat - buat... apa yang penting.... "kerjasama" ke tidur???
Haaaa, tulah sebahagian gambar - gambar pada hari membuat mural ni... Seminggu juga baru siap lukisan ni... Apa taknya, buat lukisan belah petang start jam 3pm sampai 6pm... sikit2 sahaja boleh di siapkan.. tapi atas kesabaran semua warga PPKI-SMKSP, akhirnya siap juga mural ni... Nak tengok full mural?? Jemputlah datang ke PPKI-SMKSP.. Sekurang - kurangnya, merapatkan hubungan sesama kita... Kan???

No comments:

Post a Comment