Friday, December 5, 2008

Mural Terbesar PPKI SMK Seri Perak

Pada 25 November 2008, Semua guru - guru pendidikan khas yang di ketuai oleh Cikgu Anwar bin Maran dan di bantu seorang pelajar pend.khas bernama Zulkifli telah berkerjasama membuat satu mural terbesar bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di bagunan bengkel berhampiran kantin sekolah. Tema lukisan ialah Kemampuan PPKI-SMKSP untuk mencorak dalam pendidikan.

Proses untuk menyiapkan mural sepatutnya siap lebih awal dari seminggu, tetapi akibat kekangan hal guru masing - masing. Jadi proses menyiapkan mural di tangguhkan. Tetapi, itu bukan satu alasan untuk mematakan semangat guru - guru PPKI-SMKSP untuk menyiapkan lukisan. Walaupun lukisan tidak begitu menarik, tetapi dapat menyampaikan maksud tersirat daripada pandangan kasar kita. Tahniah diucapkan kepada Guru - Guru PPKI-SMKSP yang begitu bersemangat menyiapkan mural tersebut yang siap sepenuhnya pada 05 Disember 2008. Semoga keikhlasan dan kegigihan guru - guru PPKI-SMKSP akan menyemarakkan semangat guru - guru lain untuk lebih menyanyangi sekolah masing - masing.

Dikesempatan ini, diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru - guru yang terlibat terutamanya guru - guru PPKI-SMKSP serta tidak di lupakan jasa baik Cikgu Shahirwan dari SK Sg. Kepar, yang sudi meluangkan masa membantu menyiapkan lukisan mural ini... terima kasih di ucapkan sekali lagi.

Antara gambar - gambar pada hari tersebut: -

hari pertama. Proses melukis bermula... Tekun mereka!!
Dari kiri, Aida, Zulkifli, Daya, Fieda.
Masing - Masing mengambil tempat utk mewarna.

Ni dia Cikgu Anwar. Lukis tu lukis juga, jangan lah serius sangat.

Hari ke berapa pun x ingat dah, cume ingat tarikh
03 November 2008. Dah nak siap ni, cuma tinggal betulkan
lukisan yang kurang kemas sahaja.

Kenapa lukisan lagi tinggi dari pada pelukisanya???
Ni lukisan Pra-Siap.. tinggal masa untuk mengemaskan lagi
lukisan yang kurang kemas sahaja. Semoga berjaya....
Kesian guru - guru kita, sebab rendah sangat tepaksalah
gunakan tangga untuk mencapai bahagian - bahagian tertentu.

Amboi, Sempat lagi nak bergaya depan kamera... "Peace"

Alhamdulillah, Akhirnya lukisan siap sepenuhnya pada 05 Disember 2008.

moga - moga ia bertahan lama agar kenangan bersama guru - guru

yang lain tetap utuh dalam sanu bari bersama. Amiiinnn