Saturday, November 29, 2008

Cikgu Shahrul berkahwin

Alhamdulillah, salah seorang bekas guru GSTT PPKI-SMKSP iaitu Cikgu Shahrul yang kini sedang berkhidmat di sekolah rendah dan sedang menjalani kursus LPBS (untuk menjadi guru tetap) telah pun berkahwin dengan pasangan beliau.. Beliau berkahwin pada tarikh 29 November 2008 dalam keadaan sederhana tetapi tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara, juran tetangga dan juga kawan - kawan beliau. Mari kita sama - sama mendoakan agar beliau berbahagia sehingga ke akhir ayat dan di kuarniakan cahaya mata yang baik budi pekertinya. Amiiinnn...

Romantik dan indahnya raja sehari kita ini berwarna kan
baju biru putih... menampakkan kelembutan pasangan ini..

Alamak, gambar kabur... tapi tetap nampak siapa pengantinnya.

Moga berbahagia ke akhir hayat dan di kurniakan zuriat. Amiiinnn

Wednesday, November 12, 2008

Hari Menuai Hasil Tanaman

Alhamdulillah, kali ni cerita berkaitan tanaman-tanaman yang telah di usahakan oleh pelajar dan guru PPKI-SMKSP... Menjelang akhir persekolahan tahun 2008, Maka guru - guru dan semua pelajar bergotong royong membersihkan dan menuai hasil tanaman yang telah di tanam sebelum ini. Banyak juga hasil yang di perolehi sehingga tidak habis di masak pada hari tersebut. Hasil selebihnya di edar-edarkan kepada pelajar untuk di bawa balik. Aktiviti seperti ini sangat bagus di adakan kerana, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan juga guru.

Semoga aktiviti seperti ini kerap dilakukan dan menjadi aktiviti tahunan PPKI-SMKSP.. Jadi, marilah kita berkebun :)





Dari kiri, Cikgu Anwar, Yusri, Zulkifli

Dari Kiri, Shahira, Cikgu Aida, Zulkifli, Cikgu Fieda
Dari kiri, Syukri, Liana, Cikgu Aida

Dari kiri Atas, Liana, Cikgu Aida, Syukri, Zulkifli, Cikgu Fieda, Lechumy
Dari kiri bawah, Cikgu Anwar, Yusri, Amirul

Cikgu Anwar Dan Lechumy