Wednesday, October 15, 2008

Pendidikan Jasmani --Si Buta

Ni dia salah satu daripada permainan yang di panggil Si Buta... Semua mata pelajar akan di tutup dengan kain... pelajar tidak di benarkan untuk bercakap kecuali mengeluarkan bunyi seperti binatang untuk mencari kawan - kawan mereka.. Setiap kumpulan mempunyai bunyi tersendiri. Guru - guru akan memutuskan setiap tali - tali yang mencantumkan mereka bertujuan memisah - misahkan setiap ahli dari kumpulan masing - masing.. apabila semua tidak lagi bersatu, maka mereka akan menggunakan bunyi binatang tadi untuk mencari kawan - kawan mereka. Setelah mereka bertemu setiap ahli - ahli kumpulan masing - masing, mereka mesti berada dalam kumpulan dan menjaga kumpulan masing - masing agar tidak hilang. Tetapi tugas guru tetap untuk memecah - mecahkan setiap ahli kumpulan. Sejauh mana kemeriahan mereka bermain... jom check gambar - gambar dibawah.


Ketua Kumpulan cuba mengikat semula tali yang telah di putuskan
oleh si pengacau (guru) walaupun dengan mata tertutup...
Agak payah tapi di sini dapat mengajar pelajar erti
kepayahan orang lain yang tidak dapat melihat.
Tali dah putus.. duduk rapat - rapat dan pengang
kuat - kuat tudung kawan pun jadilah... janji tidak hilang lagi...

Haaa dalam keadaan mata tertutup dan tidak dapat melihat,
para pelajar ini masih boleh bercerita... mengumpat lah tu..

Ini dia salah seorang ahli kumpulan yang telah tersesat...
aiya, apek ah.. jalan banyak susah, lompat.. lompat apek lompat...



bersemangat mereka untuk tidak terlepas dari kumpulan..
guru cuba untuk menarik salah seorang daripada mereka
tapi gagal... kuat sungguh semangat mereka..


Yusuf... ooohhh yusuf... jangan lari jauh - jauh.. nanti hilang lagi..
( bagi nasihat, tp kawan yang dekat bawah dah kene himpit )

Wednesday, October 1, 2008

Majlis Tilawah Al-Quran

Ha, bab ni yang menarik di kongsi bersama. Sebab pertandingan peringkat negeri tu... mula - mula buat pusingan peringkat daerah... banyak juga ketegori yang di pertandingkan.. antaranya:-

1) Tilawah Al-Quran
2) Hafazan
3) Bercerta
4) Tulisan Khat
5) Azan
6) Nasyid

Bersemangat semua menunjukkan bakat masing - masing... Sehinggalah ada yang terpilih ke peringkat Negeri... Pesaingan bertambah sengit... Jom kita lihat antara gambar - gambar sepanjang pertandingan peringkat Negeri... Gambar tidak jelas kerana menggunakan kamera telepon bimbit sahaja.

Ni dia salah seorang pemenang tempat ke-3 ketegori Hafazan wakil
dari daerah kerian, yang menuntut di sekolah SK Sg. Kepar.
Tahniah di ucapkan.
Orang kuat Pegawai Pendidikan khas daerah kerian,
Cik. Rozaimah tidak melepaskan peluang turut hadir pada hari tersebut.
Salah satu dari kumpulan nasyid yang memberikan
persembahanmenarik pada hari tersebut.

Ini dia orang kuat dari SMK Seri Perak, En. Shaharuddin yang
sanggup memberikan semangat kepada para peserta agar
kuat bersemangat dan memberikan persembahan terbaik.

Suasana para peserta menanti giliran masing - masing untuk
memberikan persembahan terbaik.

Semua kebajikan dan keperluan para peserta
pada malam tersebut tidak di lupakan